Panduan Ejen Khind – Anda Buat, Anda Dapat! Jom Pulun!

Panduan Ejen Khind - Mudahkan kerja anda dengan panduan lengkap dan padat. Sila baca dengan teliti!
5/5 - (40 votes)

Panduan Ejen Khind disediakan bagi memudahkan setiap ejen terumatanya yang masih baru untuk lebih faham proses dan lebih cepat untuk mula bina pendapatan bersama Khind Malaysia. Sila baca dengan teliti! Semoga bermanfaat!

Isi Kandungan

Landing page adalah antara ‘senjata’ yang berkesan dalam medan marketing. Walaupun ianya optional tapi sangat digalakkan untuk setiap Ejen Khind memilikinya.

Landing page terbahagi kepada 2 iaitu untuk;

  1. Sales (Produk)
  2. Rekrut (Daftar Ejen)

Contoh : khindmalaysia.my/sumaiya

Paparan Landing Page
Direktori Ejen

Kelebihan Landing Page;

✅ Copywriting di landing page mewakili diri kita untuk memberi info awal

✅ Info yang semua prospek terima adalah sama (standardized)

✅ Info mudah secara ringkas dan mudah difahami prospek

✅ Sesuai untuk zero cost marketing & paid ads

✅ Membantu meningkatkan personal branding

✅ Peratusan untuk convert sangat tinggi dengan adanya ciri Proof Factor notification

✅ Isian form terus ke whatsapp sekiranya prospek isi dan hantar

Cara untuk dapatkan Landing Page seperti di bawah.

Sila hubungi web developer di sini https://wa.me/60176241518?text=LandingPageAGENTKHIND

STRATEGI MARKETING ONLINE

Ada dua strategi marketing yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan prospek menggunakan landing page iaitu secara Zero Cost dan Paid Ads.

1) Zero Cost Marketing

A) Whatsapp :

  • Letak link landing page anda di profile dan kerap share status whatsapp.
  • Blast promosi dan masukkan link landing page kepada contact list handphone anda melalui whatsapp.

B) Sosial Media : (Facebook, Instagram, TikTok)

  • Letak link landing page anda di profile akaun sosial media anda.
  • Kerap share content berkaitan dan masukkan link landing page anda. (wall personal dan group2 komuniti)

2) Paid Ads (FB & IG ads, TT ads, Google Ads)

  • Cara ini paling cepat.

CARA KEYIN ORDER

Selepas anda mendapat lead hasil dari marketing landing page, berikut adalah cara untuk keyin order pelanggan anda;

1) Login Agent POS (Menu Products)
https://easyr2o.khind.com.my/product-list

2) Pilih Produk. Contoh: Washer Dryer

3) Pilih salah satu pelan dan tekan button “Place Order”
Cash : RM3500
Rent To Own : RM125

4) Isi details customer dan tekan button “Next”

5) Isi alamat customer dan tekan button “Next” kemudian “Complete”

6) Pilih menu Orders, tekan order yang telah anda keyin sebentar tadi (Unapproved) kemudian tekan button “Send Verification Link”. Pelanggan anda akan terima whatsapp daripada Khind Malaysia untuk proses verification.

FOLLOW UP (VERIFICATION)

Proses verification perlu dibuat oleh pelanggan anda iaitu upload gambar IC (depan & belakang). Whatsapp / call pelanggan anda untuk dia lakukan proses verification dengan tekan link dari Khind Malaysia dan upload ic depan & belakang sehingga keluar status “Pending IC Verification”.

Contoh Follow Up:
				
					Salam cik, ada dapat wasap dari Khind Malaysia? Ni adalah proses untuk buat verification. Caranya:

1- Tekan link di wasap Khind Malaysia

2- Tick “I hereby agree…”

3- Tekan button “Proceed to IC Verification”

4- Upload gambar I/C depan & belakang diruangan yang disediakan

5- Tekan button arrow -> 

6- Tunggu sehingga keluar status “Pending IC Verification”

7- Screenshot status dan send pada saya.

Saya akan update untuk proses seterusnya..
				
			
Selepas pelanggan bagi screenshot status verification…
				
					Ok..sekarang ni just tunggu result saja. Nanti cik akan terima wasap atau call daripada Khind Malaysia samada approve atau tak. Harap2 approve lah..

Mohon angkat call sekiranya ada terima call dari no di bawah. (Biasanya kalau Khind call dah hampir approve cuma mereka nakkan pengesahan yang mmg cik ada buat pembelian, bukan orang lain guna nama. Untuk elakkan scam)

*0378392174 - Office Khind*
*0378392175 - Office Khind*
*60182233389 - CS Khind*

--
Kalau approve, cik akan dapat link untuk buat bayaran.

Kalau reject, boleh resubmit penama lain samada pasangan atau ahli keluarga. Syaratnya no. h/p dan email mesti berbeza dgn yang sebelum ni. Alamat sama takda masalah. Apapun nanti inform sy..
				
			

FOLLOW UP RESULT

Anda boleh lihat status order pelanggan anda samada approve atau reject di dalam Agent POS. Dalam masa yang sama pelanggan anda juga akan terima wasap status permohonan daripada Khind Malaysia.

Jika lulus, anda akan nampak order pelanggan anda di ruangan Unpaid. Jika reject akan masuk di ruangan Cancelled.

Contoh follow up (Unpaid);
				
					Salam..saya check sistem, Alhamdulillah permohonan cik dah lulus..tahniah!

Ada dapat wasap link payment drp Khind Malaysia? Kalau dah dapat cik dah boleh buat payment untuk pihak Khind arrange penghantaran & pemasangan.
				
			
				
					Cara untuk buat bayaran;

1- Tekan link bayaran daripada Khind Malaysia

2- Masukkan detail untuk proses bayaran

3- Kalau tak terima otp, just tekan button *skip saving card*

Inform saya jika dah selesai buat bayaran ya..nnt sy update proses seterusnya.
				
			
Selepas pelanggan update dah buat bayaran…
				
					Ok nnt team installer akan hubungi cik untuk set appointment pemasangan. Biasanya diorg akan minta gambar tempat cik nak pasang nanti.

Kalau ada apa2 pertanyaan untuk proses seterusnya boleh tanya sy atau boleh juga direct dengan Customer Service Khind. Ni saya share juga contact CS  Khind.
				
			
Kemudian share contact CS Khind
Contoh follow up (Cancelled);
				
					Salam..saya check sistem, status tak lulus la cik. Tapi jangan risau kita oleh buat resubmit. Macam sy inform sebelum ni boleh guna penama samada pasangan atau ahli keluarga. Pastikan no. hp, email tak sama dengan yg sebelum ni. Alamat sama takda masalah..

Untuk resubmit isi form kat bawah ni ya cik..
				
			
				
					BORANG ORDER KHIND RENT TO OWN (PELAN ANSURAN)

*Produk Rent To Own*
1. 10/6kg Washer Dryer 2 in 1 (WD1438)
2. 9kg DryMaster Heatpump Dryer (DHP90)
3. 15kg Fully Auto Washing Machine (WM150A)

*Syarat Pakej Ansuran:*
1. Warganegara 
2. Umur 18-60 tahun. 
3. Nama clear rekod CTOS

*Syarat Pakej Tunai:*
Tiada

*Detail Diperlukan:*
✅ Produk Pilihan (1/2/3) : 
✅ Nama Mengikut IC :
✅ No IC :
✅ No Whatsapp :
✅ Email :
✅ Alamat Pemasangan :

*Maklumat Rujukan:*
✅ Nama Rujukan: 
✅ No. H/P Rujukan: 
✅ Hubungan: 

*Sila cek semula dan pastikan semua ejaan dan info betul* ☺️👍
				
			

ORDER STATUS

Status Order

Terdapat 9 jenis order status yang perlu anda tahu. Berikut adalah detail setiap satu;

Login Agent POS (Menu Orders)
https://easyr2o.khind.com.my/order-list

1) All – Senarai semua order

2) Unapproved : Pelanggan anda belum buat verification atau dalam proses verification HQ.

3) Unpaid : Permohonan telah lulus dan pelanggan belum buat bayaran.

4) Cancelled : Permohonan tidak lulus.

5) Assigning Delivery Partner : Pelanggan anda telah buat bayaran.

6) Appointment In Progress : Pelanggan akan dihubungi oleh team installer untuk set appointment pemasangan.

7) Postponed : Pemasangan ditunda ke tarikh lain.

8) Installation In Progress : Proses penghantaran & pemasangan.

9) Installed : Produk telah selamat di pasang.

FORMAT MINTA SUPPORT CS

Untuk dapatkan bantuan SM atau CS, sila gunakan format di bawah. Isu biasa yang sering ejen minta support adalah seperti;

  • Customer belum dapat appointment date
  • Customer dah dapat appointment date, tapi belum pasang pada tarikh berkenaan
  • Customer status Postponed, nak check sebab apa postponed
				
					*Support Required*

*Title Issue :* 

*Order No :* 
*Cust Name :* 
*Customer Tel :* 
*Product :* KHIND WD1438 10/6kg Washer Dryer Combo.
*Agent Name :* 
*Agent Code :* 

*Remarks :*  
				
			

CARA DAFTAR EJEN BARU

Jika ada prospek yang ingin mendaftar sebagai ejen khind di bawah anda, prosesnya sangat mudah! Anda hanya perlu masukkan no h/p prospek tersebut. Caranya seperti bawah.

Login Agent POS (My Agents)
https://easyr2o.khind.com.my/agent-list

1) Tekan button + sebelah bawah kanan.

2) Masukkan no. h/p prospek

3) Tekan button “Send Onboarding URL”

Bakal ejen anda akan terima wasap daripada Khind Malaysia untuk dia isi dan submit.

4) Follow up prospek ejen untuk dia isi dan submit. Anda juga boleh check di page My Agents, nama ejen baru akan tersenarai di ruangan tersebut.

5) Invite ejen anda untuk join group dengan share link group. Selepas ejen anda join group, sila welcome beliau dengan dengan skrip di bawah:

				
					Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Welcome.. 

[Tulis Nama Ejen di sini]

Tahniah kerana menjadi salah seorang agent KHIND MALAYSIA BATCH YANG PERTAMA 💥🥇

Sila rujuk setiap link di bawah untuk panduan, bahan marketing, copywriting semua telah disediakan! Anda buat anda dapat! 😃💰🚀

1️⃣ Panduan Ejen Baru
https://bit.ly/Panduan-Ejen-Khind-Malaysia

2️⃣ Khind Washer Dryer 2 in 1
https://t.me/+LlznWzyJEJdjNjFl

3️⃣ Testimoni Apa Kata Pelanggan
https://t.me/+Ne7pazCxfIYyMzdl

4️⃣ Copy Writing
https://t.me/+BBSS5SOnYJQ1ZDZl
				
			

Senarai Video Tutorial & Troubleshooting

Berikut adalah senarai link video Tutorial, Troubleshooting & User Guide berkaitan produk . Anda boleh forward senarai ni kepada pelanggan anda yang dah berjaya pasang Khind Washer Dryer 2 in 1.

				
					KHIND WASHER DRYER WD1438 -USER GUIDE
https://youtu.be/XFP1PYDxZ8U?si=Ej13px1gsbWNH4EI

[Tutorial] KHIND DRYER WD1438 1 HOUR WASH & DRY MODE
https://youtu.be/qItQyIjvC7Q?si=k7HHI9dBkNehnLp6

[Tutorial] KHIND WASHER DRYER WD1438- MIXED MODE
https://youtu.be/-Hse782Wq0w?si=mESclsFPluMEzoTV

[Tutorial] KHIND WASHER DRYER WD1438- DRY MODE
https://youtu.be/OZpkqVw3RKk?si=ZTlRMjnk9VfD83kX

TROUBLESSHOOTING KHIND WASHER DRYER WD1438 E01 water inlet fault
https://youtu.be/vZKe6sKEUj0?si=nLng0wZQbkJ78YJd

TROUBLESSHOOTING KHIND WASHER DRYER WD1438 E03 DRAINAGE FAULT
https://youtu.be/jC6yaU3d6GE?si=lfm9QvkOjnMKXtG7
				
			

Senarai Area Pemasangan

Untuk seluruh semenanjung cover untuk pemasangan kecuali Johor ada sebahagian tak cover. Sila semak dengan leader atau CS Khind terlebih dahulu.

Sabah & Sarawak

Perkara Perlu Disediakan Pelanggan

Komisen Ejen Khind Malaysia

Komisyen Ejen Khind

Semoga Berjaya! Jom Pulun!

Ingatlah! Impian hanyalah permulaan. Namun, jika anda bertindak dan berusaha, impian itu dapat menjadi kenyataan. Jangan biarkan impian anda hanya menjadi khayalan semata-mata