SHAH ALAM, 15 FEBRUARI 2025 – KHIND, jenama perkakasan rumah terkemuka di Malaysia, dengan bangganya melancarkan ChillMaster Side-by-Side Refrigerator, sebuah peti sejuk premium yang direka untuk memenuhi keperluan penyimpanan moden dengan teknologi terkini, reka bentuk elegan, dan kemudahan yang menjimatkan kos. Dilancarkan secara rasmi di Ibu Pejabat KHIND Marketing Shah Alam, produk ini bakal membawa revolusi dalam pengurusan dapur bagi keluarga Malaysia, terutamanya mereka yang mengutamakan kesegaran, kecekapan tenaga, dan kepraktisan.
“Chill Jer, Semua Settle” – Solusi Penyimpanan Lengkap Untuk Keluarga Malaysia
Dengan slogan “Chill Jer, Semua Settle”, KHIND menekankan komitmen untuk memberikan pengalaman pengguna yang sempurna melalui produk yang bukan sahaja berteknologi tinggi tetapi juga mesra pengguna. Peti sejuk ini menawarkan kapasiti besar 592 liter, dilengkapi ciri-ciri pintar seperti Dual Inverter Technology, Total No Frost System, dan Multi-Climate Zones yang menjamin kesegaran makanan lebih lama.
Ciri-Ciri Utama KHIND ChillMaster
1. KAPASITI BESAR 592L – MUAT LEBIH, SIMPAN LEBIH LAMA
Sesuai untuk keluarga besar 6-8 orang, peti sejuk ini menyediakan ruang luas untuk menyusun barangan runcit, bahan mentah, dan makanan siap. Dengan 334L ruang peti sejuk dan 225L ruang freezer, pengguna boleh menyimpan lebih banyak tanpa perlu kerap membeli-belah.
2. DUAL INVERTER TECHNOLOGY – JIMAT TENAGA, OPERASI SENYAP
Teknologi Dual Inverter menjadikan ChillMaster antara peti sejuk paling cekap tenaga di pasaran. Dengan penggunaan kuasa yang rendah (150W), pengguna boleh menjimatkan sehingga 30% bil elektrik berbanding peti sejuk konvensional. Operasinya juga super senyap (hanya 38dB), sesuai untuk rumah yang memerlukan ketenangan.
3. TOTAL NO FROST SYSTEM – TIADA LAGI MASALAH FROST
Sistem penyejukan No Frost menghapuskan masalah pengumpulan ais di ruang freezer, memastikan suhu sekata dan kesegaran makanan terjaga tanpa perlu kerap mencairkan ais.
4. ZON PENUKAR SUHU (CONVERTIBLE ZONE) – FLEKSIBEL UNTUK SEMUA KEPERLUAN
Ruang 33L ini membolehkan pengguna menyesuaikan suhu antara -3°C hingga +5°C, sesuai untuk menyimpan daging, makanan laut, atau minuman. Teknologi Reverse Cool turut disertakan untuk melunakkan daging dalam 40 minit!
5. BUILT-IN WATER DISPENSER – AIR SEJUK SETIAP SAAT
Dispenser air terbina dalam memudahkan akses kepada air sejuk tanpa perlu membuka pintu peti sejuk. Cukup isi air di tangki atas, dan nikmati kesegaran sepanjang hari.
6. 3 MODE PENYEJUKAN PINTAR
- ECO Mode: Menyesuaikan suhu secara automatik berdasarkan persekitaran, menjimatkan tenaga.
- Holiday Mode: Menetapkan suhu peti sejuk pada 17°C apabila pengguna bercuti, sementara freezer masih boleh disesuaikan.
- Super Freezing Mode: Membekukan makanan pada -25°C untuk penyimpanan jangka panjang.
7. REKA BENTUK ELEGAN & ANTI-FINGERPRINT
Lapisan NOXBLACK Anti-Fingerprint memastikan permukaan peti sejuk bebas dari kesan jari dan mudah dibersihkan. Ketinggian 177cm dan reka bentuk slim menjadikannya sesuai untuk dapur moden.
Jaminan & Perkhidmatan KHIND Care Plan
Setiap pembelian ChillMaster dilindungi oleh:
- Warranty 5 Tahun untuk bahagian umum dan 10 Tahun untuk motor.
- KHIND Care Plan Bernilai RM400: Termasuk servis pembersihan dispenser air, pemeriksaan gas kompresor, dan penyelenggaraan dalaman sekali pada bulan ke-24.
Pelan Pembayaran Fleksibel: Rent-To-Own (RTO)
KHIND menawarkan pilihan pembiayaan mudah melalui Rent-to-Own (RTO) untuk memastikan produk ini mampu dimiliki semua peringkat pendapatan:
Pelan | Super Saver | Smart Value | Outright |
---|---|---|---|
Bayaran Bulanan | RM99 (60 bulan) | RM119 (60 bulan) | RM4,500 (sekali) |
Warranty | 5 tahun | 5 tahun | 2 tahun |
Servis Percuma | 1x KHIND Care | 1x KHIND Care | 1x KHIND Care |
Insurans | ✗ | ✓ | ✓ |
Penghantaran | Percuma | Percuma | Percuma |
Yuran pemprosesan RM1 dikenakan untuk pelan RTO.
Tempoh Tempahan Awal & Penghantaran
- Pelancaran Rasmi: 15 Februari 2025 (Shah Alam).
- Tempahan Awal: Dibuka mulai 19 Februari 2025.
- Penghantaran Bermula: 1 Mac 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan atau tempahan, layari:
- Laman Produk: KHIND ChillMaster Side by Side Refrigerator
Tentang KHIND
KHIND ialah jenama perkakasan rumah yang beroperasi sejak 1961, terkenal dengan produk berkualiti tinggi seperti kipas, peti sejuk, dan penyaman udara. Dengan misi “Experience More”, KHIND terus berinovasi untuk memenuhi keperluan pengguna global.
Galleri
“CHILL JER, SEMUA SETTLE” – DAPATKAN CHILLMASTER ANDA SEKARANG!